Honesty - Billy Joel



Perh suka gilak aku dengan lagu ni*

Your enemy knows you better than you know yourself - Noreagaaa

Aset : Hidung *




Bagus la , Thanks Noreagaaa and ALL


Dapat gak jmpe kawan - kawan ku

Yeah, konvo sudah dekat. Tak sabar nak jmpa kawan - kawan bilik aku yg aku dah anggap macam adik beradik aku. Ngeeeeeee

OMG

boleh tak kalau aku nak jerit

ARHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


I have a BIG BIG PROBLEM

please help me!

Projek sampin hujau.


rindunya mase skolah agama, tapi di atas aku tak da kena mengena dengan dorang


Nak ikut kan aku malas nak cerita, tapi kawan aku beria sangat suruh aku buat karangan kat blog ni.Dengan muka malas aku pun menulis karangan ni. Ni nak cerita masa zaman aku sekolah agama dulu, Sekolah Agama Nahdatul Islamiah. Dulu aku pergi ke sekolah dengan menaiki basikal dan lalu pada sebatang jalan yang kecil. Itu ialah jalan pintas yang paling digemari aku la. Tapi bukan itu yang aku nak cerita.

Aku nak cerita pasai kawan aku, nama dia pun aku da lupa tapi aku rasa nama dia Asyraf, kot. Ada satu situasi yang aku takkan lupa.

"Wehhh ! Si Asyraf pegang pisau, korang pergi la tengok. Dia macam nak bunuh diri je. !" Jerit rakan kelas perempuan ku.

Waktu tu takdak seorang pun yang berani nak halang si Asyraf tu, semua duduk kat tengok je.Cheh , penakut sungguh dorang ni.

Aku pun datang dekat si Asyraf dan halang die, dan merampas pisau dari tangan dia. Agak lama juga pergelutan di situ. Sehingga tibanya Ustazah kami datang meleraikan semuanya.

Waktu tu, Ustazah marah sangat , sebab sangat bahaya bermain dengan pisau. Agak teruk jugak la aku tengok si Asyraf kena marah.

"Ustazah , Sobery tadi dia yang halang si Asyraf. Dia hero." kata seorang rakan kelas perempuan ku.

Ustazah aku dengar sahaja terus dia datang kat aku terus marah aku pulak,

Eh, pasai apa lak aku kena marah, padahal aku yang hero. Aku ingat aku kena puji aku dah kembang sat dah.

"Sobri, hang tau dak bahaya hang buat macam tu !" marah ustazah dengan loghatnya.



Teringat teringat masa waktu tu, naya ja kalau jadi apa - apa kat aku,

acik !

Aku malas lah nak update, tapi nak update gak. Tadi aku balik kerje sampai area rumah aku dan jumpa dengan seorang budak kecik. Aku memang kenal sangat la budak kecik tu, anak jiran aku.

"nak tumpang , nak tumpang" katanya nak naik motor dengan ku.

Aku dengan malasnya, memberhentikan motor dan mengizinkan budak tu naik dan aku bawak sampai ke depan kedai mak die, lalu aku berhenti kan motor dan drop kan die disitu.

"Mak, mak, adik tumpang acik ni naik motor" Jeritnya.

"ACIK" ???

Alice dan Taman Kayangan


Johny Deep*

Duit gaji da masuk, di mana lagi akan ku habis kan duit - duit ku ini dengan keluar bersama Fatin. Keluar pun bukan pegi mana - mana pun, mesti hanya satu je destinasi, iaitu tengok wayang. Kami kalau tengok wayang, memang jarang plan. Contoh kalau minggu ni sms "Jom la tengok wayan g cite Avatar". Memang takkan jadi, so memang tak plan la. Tengok je poster smart.

"Haa ! Cite ni mesti best" Fatin dengan semangatnya.

Aku pun tak kisah cerita apa pun, janji bole duduk tengok dan rilek, tak de fikir pasal keje atau pasal bende lain, sebab focus kat cerita je kan. Ni tengok cerita Alice In Wonderland. Fatin la beria - ria nak tengok. Dia memang pantang tengok poster yang pelik - pelik, dia mesti nak tengok. "Fantasi best" katanya

Akhirnya permintaan darinya ku kabul kan. Apabila berada di luar panggung wayang itu, terdapat staff - staff menanti di meja yang terdapat cermin mata 3d di situ.

"Bang, ni berapa ringgit ? " Kata ku ingin tahu.
"Harga,Rm150 . Hahaha" Jawab lelaki india untuk dengan tujuan lawak namun lawaknya tidak di endah oleh 2 orang staff wanita yang berada disitu"

"Ni amik je la sob, tapi nanti pulang balik . kira dia kasi" Fatin menyampuk.

Aku firs time tu yang tak tahu depa ada sediakan cermin mata 3d utk cerita ni, cerita ni pun aku tak tahu yang versi 3d punya.

Fuh memang real dan... PENING aku tengok. Cita dia boleh la, kanak - kanak suka la tengok. Cam aku, rasa nak tidoq je.


Mbeeeekkkk,mbeeekkkkk,mbeeeekkkk

Ceh , bunyi phone siapa lak tu tak reti nak silent ke. Siot.

Puas gak aku mencari, rupanya.



"Chet ! phone aku ka , siot punya fatin pedajal aku, malunya". Fatin memberikan senyuman yang ingin aku starlight dahinya.
Bila masa dia tukar aku punya ringtone.

Putcal

Skill *

Gambar di atas adalah pemain - pemain handalan di VPI. Dapat masuk semi tapi tak dapat masuk final mase hari sukan syarikat dulu. Tapi aku bukan nak cerita pasai tu. Aku nak cerita pasai aku main futsal tadi. Aku dengan rakan - rakan sekerja .

Main bola memang seronok, bagi lelaki la. Bagi perempuan pulak tak tau la depa suka main bola apa. Tapi nak di jadi kan cerita tadi aku main futsal, Perh ! Mula - mula panas kan badan dengan bermain pasing - pasing bola. Time tu bukan main eksyen lagi aku memberikan gaya - gaya permainan ala - ala Christiano. Aku dapat rasakan api ketakutan hollow di mata pihak lawan.

Cheet !

Tapi apa bila permainan di mula kan, aku selaku pemain tengah pasukan memulakan dengan corak permainan yang menarik walau pun tak menarik sebenarnya. Setelah beberapa minit kaki ku seolah olah nak tercabut . ALAMAK ! lutut aku longgar kenapa ni ? Ini la kalau da lama tak bersukan, dah dekat setahun kot aku tak bersukan. Dengan keadaan yang tak mengizinkan aku bermain(pancit) aku pun keluar la dengan pemain lain. Seperti itu la flow dia, selepas 2 minit aku pula masuk balik. Sampai tamat waktu permainan ( 1 Jam ) . Tapi aku sudah membuat kira - kira , aku hanya bermain hanya 8 minit dari pada 1 jam. Pancit punya pasai. HAHA !

Aku menulis karangan ni sambil menyapu kaki aku dengan minyak angin.

We are the cham !



Pic ni mase selepas sesi jamuan makan - untuk pelajar semester akhir.Yang pakai spec tu awek(belakang) aku "Lecturer kesayangan ku" bwahaha !



Dengan lecturer kesayangan ku lagi. Ade orang kate Cik ni garang , tp tak garang pun , die langsung x penah marah aku ngn kawan aku yg berjanggut tu. BWAHAHAHA ! ( kipas lebih )


Suzuran



Ni lah yang aku nak cite, Kami ni cham untuk pertandangan PCG ( Psis Cyber Games). Act aku tak nak masuk pun game2 ni, baik hari sabtu dan ahad tu aku manfaat kan dengan tidor kat katil aku.Tapi kawan aku ajak gak, aku pun join la. Dan kitaorang da decide nak main game Counter Strike .

Tapi kawan aku si GEMOK tiada di dalam gambar die nak game DOTA lak. Sebab si gemok yang jadi wakil untuk kumpulan cabut undi.

"Sob, aku da register nak main dota untuk kumpulan kita" SMS mok.

"Apa ? ! kita mana reti main dota. Setakat main dengan com bole la. better CS(Counter Strike) la spa Q(nick name mok) " I reply semula.

Tapi last2 team aku main untuk 2 game , DOTA dengan CS sekali gus. 1st kitorang main DOTA , tapi seperti yang dah ku jangka 20 minit saja, MAJAL semua team8 ku ! KAH KAH KAH . kita mane reti main ni.

Dan kita terus ke gelanggang CS lak, dan setiap ahli kumpulan dapat kami tumpas kan.Sampai ke FINAL dan akhirnya aku nak kata megah kitorang "CHAM LAK ! dan dapat la aku memarket kan diri aku mengambil CEK di malam "Dinner IT"


KAHKAHKAH !




In memory Starbuck VPI .



Kepada kawan aku yang pernah kerja VPI kedai mamak sebelah company lame korang ni da kene roboh. Kahkah ! Aku pun ade gak lepak , bole kira la lepak kedai ni , ade SAFARI View kat situ. :D


Bulan puase ni , da x de port la untuk korang yg keje sini yg berbuka puasa awal. HAHAH !

Gila

Ini semua gila , aku baru balik keje . tengok jalan JEM je.

patut la ade lori tengah terbalik, ni mungkin die bawak laju sangat mase nak membelok area Trafik Light ke Summit USJ. Pemandu selamat je dan sedang duduk di tepi jalan sambil tangan di letakkan ke dahi memandang langit "sigh" .


KAHKAHKAH!

Lorong Motor


Pagi ni , aku seperti biase menunggang kenderaan ku honda ex5 ke tempat kerja dan macam biase la pagi - pagi jalan raye tersangat2 la JEM !
" aduh jem lagi, nasib baik aku naik motor, bole cilok "aku berkata megah".
Tapi seperti Kebiasaan aku ikut jalan motor, Tiba - tiba penglihatan ku terpaku seketika setelah melihat terdapat kereta,lori,van dari jauh sedang berhenti. Siap ada yang cuba patah balik lagi.

"Banyak nya kereta.Oh , ade kenduri kot" kata aku

"tapi, tak kan kenduri pagi2 kot GILE" aku memarahi diri aku balik.

Aku pun terus kan perjalanan.

"Alamak, POLIS ! aku da la tak tampal P kat honda aku ni " aku terkejut.

Lalu aku pun berlalu seperti biase , ternyata polis tu tak tahan aku.Aku memandang ke arah polis tu dan mengangkat kepala aku tanda "Hi" kepada polis tu, dan dengan bangganya aku melintasi/memotong 2 lelaki berbaju uniform polis itu.

"Fuhh, lega die tak tahan aku" Aku menarik nafas.

Rupanya - rupanya polis sedang memberikan surat CINTA kepada pemandu - pemandu ni yang nak cepat sangat ke opis ,

"Dah tahu lambat, Datang la awal ! " Aku marah di dalam hati.

Aku pun berhenti kan Honda ku dan mengambil gambar(diatas) . SNAP !

KAHKAHKAH ! gelak aku .

"Padan muke korang !" aku berkata lalu ku mengangkat kan tangan ku utk melihat jam tangan ROLEX ku.

"OMG ! 8.50 a.m ! " I said .





You are number