Putcal

Skill *

Gambar di atas adalah pemain - pemain handalan di VPI. Dapat masuk semi tapi tak dapat masuk final mase hari sukan syarikat dulu. Tapi aku bukan nak cerita pasai tu. Aku nak cerita pasai aku main futsal tadi. Aku dengan rakan - rakan sekerja .

Main bola memang seronok, bagi lelaki la. Bagi perempuan pulak tak tau la depa suka main bola apa. Tapi nak di jadi kan cerita tadi aku main futsal, Perh ! Mula - mula panas kan badan dengan bermain pasing - pasing bola. Time tu bukan main eksyen lagi aku memberikan gaya - gaya permainan ala - ala Christiano. Aku dapat rasakan api ketakutan hollow di mata pihak lawan.

Cheet !

Tapi apa bila permainan di mula kan, aku selaku pemain tengah pasukan memulakan dengan corak permainan yang menarik walau pun tak menarik sebenarnya. Setelah beberapa minit kaki ku seolah olah nak tercabut . ALAMAK ! lutut aku longgar kenapa ni ? Ini la kalau da lama tak bersukan, dah dekat setahun kot aku tak bersukan. Dengan keadaan yang tak mengizinkan aku bermain(pancit) aku pun keluar la dengan pemain lain. Seperti itu la flow dia, selepas 2 minit aku pula masuk balik. Sampai tamat waktu permainan ( 1 Jam ) . Tapi aku sudah membuat kira - kira , aku hanya bermain hanya 8 minit dari pada 1 jam. Pancit punya pasai. HAHA !

Aku menulis karangan ni sambil menyapu kaki aku dengan minyak angin.

0 ulasan:

Catat Ulasan

You are number